Saturday, July 24, 2010

Urutan Bidang Pembelajaran


OBJEKTIF

Kurikulum Kajian Tempatan Sekolah Rendah membolehkan murid:

  1. mengetahui dan memahami peranan, tanggungjawab dan hak sebagai anggota dalam keluarga dan masyarakat ;
  2. memahami dan menghargai keadaan fizikal setempat dan negara;
  3. mengenali dan memahami ciri-ciri masyarakat setempat dan negara;
  4. memahami dan menyedari perkembangan dan perubahan masyarakat setempat dan negara;
  5. mencintai dan menghargai alam sekitar;
  6. mengenali tokoh-tokoh dan menghargai sumbangan mereka dalam memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan;
  7. memahami dan menghargai sejarah negara;
  8. menguasai kemahiran belajar, kemahiran sosial dan kemahiran berfikir;
  9. menghargai keperibadian bangsa dan mempunyai semangat patriotik; dan
  10. mensyukuri segala nikmat Tuhan.

MATLAMAT

Mata Pelajaran Kajian Tempatan bertujuan melahirkan murid yang setia pada negara, cinta akan tanah air, prihatin dan berbangga sebagai rakyat Malaysia serta boleh berinteraksi secara berkesan ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmonis, bersatu padu, demokratik, progresif dan sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan.

Thursday, July 22, 2010

PENDAHULUAN

Kajian Tempatan merupakan mata pelajaran pendukung utama pemupukan semangat patriotik yang mengkaji interaksi manusia dengan manusia dan manusia dengan alam persekitarannya. Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menyepadukan pelbagai pendekatan disiplin dan pengetahuan sivik, kemahiran berfikir, nilai serta aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah. Dengan itu, pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh adalah lebih bermakna serta murid lebih peka kepada keharmonian hidup bersama